Tajuk : Kebijaksanaan dalam menjaga alam sekitar boleh mengelakkan dari berlakunya pencemaran alam sekitar.
Objektif:
Melibatkan diri dalam usaha-usaha yang boleh mengelakkan pencemaran alam.
1. Set Induksi
Guru menayangkan satu klip video dan meminta murid-murid menceritakan tentang pemahaman mereka terhadap klip video tersebut.
2. Langkah Pengajaran
- Perbincangan tentang keburukan pencemaran alam sekitar dan cara mengatasi.Guru menayangkan gambar-gambar pencemaran satu persatu dan meminta murid-murid berbincang tentang keburukannya serta cara mengatasi.
Contoh gambar pencemaran udara. Nyatakan sebab-sebab lain berlakunya pencemaran udara. Klik untuk cadangan jawapan.
Contoh gambar pencemaran air. Nyatakan sebab-sebab lain berlakunya pencemaran air. Klik untuk cadangan jawapan.
Contoh gambar pencemaran hutan. Nyatakan sebab-sebab lain berlakunya pencemaran hutan. Klik untuk cadangan jawapan.